Jumaat, Mei 21, 2010

MENCARI TEMPAT PENGINAPAN DI MUAR ?

Kami menyediakan kemudahan rumah sewaan harian yang di cari.

Lokasi : Parit Raja Muar - Di pinggir Bandar Muar - tidak terlalu sibuk, kondusif, sesuai untuk penginapan persendirian atau keluarga.
Kemudahan : 3 bilik tidur (bilik tidur utama dan kedua berhawa dingin), 2 ruang istirehat-tamu dilengkapi perabut Jati dan TV, ruang dapur dan makan yang selesa lengkap dengan kelengkapan memasak dan set makan, disediakan juga mesin basuh dan peti sejuk, bilik mandi dan bilik air berasingan.
Tempahan di buka sekarang - Harga Promosi Hebat.


Untuk tempahan sila hubungi kami : Mumtazah : 019-7530772 / Hassan : 019-7530771


GPS : N 02 1.082
E 102 36.553

CERITA SUATU IDEA 

" Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang

Kami sekeluarga selalu pergi berkunjung ke beberapa tempat di Malaysia untuk berehat, berkunjung ke rumah keluarga atau menghadiri beberapa jemputan terutama jemputan perkahwinan.  Masa dahulu kami akan menginap di rumah saudara mara, tetapi sekarang zaman telah berubah, kami sekeluarga perlukan penginapan yang lebih selesa, kondusif dalam suasana kedesaan.  Akibat kesukaran mencari tempat penginapan sebegini, kami merasakan orang lain pun menghadapi masalah yang sama.  Idea muncul untuk mengubahsuai rumah kami menjadi tempat penginapan bagi membantu sahabat-sahabat yang berkunjung ke Muar, Ledang, Melaka & Batu Pahat mendapat tempat penginapan yang selesa, InsyaAllah.  Semuga segala usaha kami dipermudahkan Allah s.w.t.

Selamat Datang ke Al-Raudah Homestay.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Brapa sewanya ?

Raudah2u berkata...

Kalau nak sewa 2 hari ada diskaun ke ?